Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah
1.Untuk
menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan
yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati,
biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan
perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud"
“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”
2.Untuk
menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh
wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya
penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan
jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah
melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.
3.Pandangan
mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang
haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi
gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan,
manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang
benar-benar taqwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong
seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya
akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya.
Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan
orang lain terpalik dosa.
4.Wanita
solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk
membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir.
Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan
diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain
adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka.
Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan
mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh
Islam menerusi tingkah laku yang baik.
5.Keseluruhan
hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan
syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di
samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah
sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana
peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa
ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa
lulus ujian amali. Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,
“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)
Sekiranya
seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya,
maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan
RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf
Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya
lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke
alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan