Khamis, 6 Disember 2018

BATAS AURAT LELAKI

  • Aurat lelaki dengan lelaki
Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup.


Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.


Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat.


  •  Aurat lelaki dengan wanita 
Aurat lelaki yang wajib ditutup daripada pandangan wanita ialah antara pusat dan lutut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan