Khamis, 6 Disember 2018

BATAS AURAT WANITA


  • Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Lelaki ajnabi merupakan lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan yang bukan mahramnya. Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan sahaja.


  • Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
  1. Menurut sebahagian ulama' ,aurat wanita islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja.
  2. Menurut mazhab Hanafi,mazhab Syafie' dan setengah ulama' mazhab Maliki, aurat seorang muslimah dihadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja.
  3. Menurut sebahagian ulama' yang lain, sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut.

1 ulasan:

  1. Salam, singgah ziarah.. semoga dapat diperbanyakkan lagi perkongsian di blog ini.

    BalasPadam