Khamis, 6 Disember 2018
HIKMAH DISYARIATKAN MENUTUP AURAT
Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah
1.Untuk
menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan
yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati,
biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan
perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud"
“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”
2.Untuk
menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh
wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya
penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan
jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah
melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.
3.Pandangan
mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang
haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi
gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan,
manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang
benar-benar taqwa. Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong
seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya
akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya.
Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan
orang lain terpalik dosa.
4.Wanita
solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk
membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir.
Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan
diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain
adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka.
Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan
mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh
Islam menerusi tingkah laku yang baik.
5.Keseluruhan
hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan
syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di
samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah
sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana
peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa
ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa
lulus ujian amali. Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,
“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)
Sekiranya
seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya,
maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan
RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf
Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya
lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke
alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.
KELEBIHAN MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA
Antara kelebihan menutup aurat dengan sempurna ialah:
- Dapat menghindarkan diri daripada fitnah,tuduhan dan pandangan negatif.
Orang-orang yang gemar membuka auratnya secara terangan dapat menimbulkan persfektif negatif daripada masyarakat.Misalnya,masyarakat menuduh sebagai pelacur,wanita murahan dan sebagainya.Jadi,dengan menutup aurat secara sempurna fitnah itu dapat dielakkan.
- Dapat mencegah daripada munculnya hawa nafsu
Secara umumnya,lelaki normal akan terangsang apabila melihat wanita yang berpakaian ketat dan menjolok mata.Oleh sebab itu,islam mewajibkan menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta meletakkan garis panduan menurut syarak.
- Menutup aib dan rahsia yang ada pada diri kita
Jika ada cacat pada tubuh mahupun kulit kita boleh menutupinya dengan menggunakan pakaian yang tertutup sehungga tidak ada seorang pun yang tahu kecacatan yang terjadi pada diri kita.
- Menghindarkan diri dari dosa akibat membuka aurat
Salah satu sebab yang menyebabkan ramai wanita Islam masuk neraka adalah kerana mereka tidak menutup aurat di hadapan bukan mahramnya.
- Dapat membuktikan bahawa diri ini bukan wanita atau lelaki murahan
Menutup aurat adalah suatu identiti orang-orang yang baik,Ditambah lagi dengan tingkah laku yang baik dan sopan akan membuatkan kita dianggap baik dihadapan orang ramai.
- Wanita BERJILBAB umpama bidadari syurga
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
“Dalam syurga itu ada
bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah
disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal
dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)
Wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menunduk pandangan, tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan dirinya.Wanita ini merupakan perhiasan dunia yang berharga.
CARA ISTIQAMAH DALAM MENUTUP AURAT
- Doa
- Belajar
- Mengikut Kemampuan Diri
- Kawan
- Sedar yang menutup aurat ini adalah perintah Allah
BATAS AURAT LELAKI
- Aurat lelaki dengan lelaki
Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan
(bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup
dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang
selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;
Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup.
Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.
Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat.
Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup.
Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.
Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat.
- Aurat lelaki dengan wanita
BATAS AURAT WANITA
- Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Lelaki ajnabi merupakan lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan yang bukan mahramnya. Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan sahaja.
- Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
- Menurut sebahagian ulama' ,aurat wanita islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja.
- Menurut mazhab Hanafi,mazhab Syafie' dan setengah ulama' mazhab Maliki, aurat seorang muslimah dihadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja.
- Menurut sebahagian ulama' yang lain, sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut.
Langgan:
Catatan (Atom)