Khamis, 6 Disember 2018

KELEBIHAN MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Antara kelebihan menutup aurat dengan sempurna ialah:
  • Dapat menghindarkan diri daripada fitnah,tuduhan dan pandangan negatif.
Orang-orang yang gemar membuka auratnya secara terangan dapat menimbulkan persfektif negatif daripada masyarakat.Misalnya,masyarakat menuduh sebagai pelacur,wanita murahan dan sebagainya.Jadi,dengan menutup aurat secara sempurna fitnah itu dapat dielakkan.

  • Dapat mencegah daripada munculnya hawa nafsu
Secara umumnya,lelaki normal akan terangsang apabila melihat wanita yang berpakaian ketat dan menjolok mata.Oleh sebab itu,islam mewajibkan menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta meletakkan garis panduan menurut syarak.

  • Menutup aib dan rahsia yang ada pada diri kita
Jika ada cacat pada tubuh mahupun kulit kita boleh menutupinya dengan menggunakan pakaian yang tertutup sehungga tidak ada seorang pun yang tahu kecacatan yang terjadi pada diri kita.

  • Menghindarkan diri dari dosa akibat membuka aurat
Salah satu sebab yang menyebabkan ramai wanita Islam masuk neraka adalah kerana mereka tidak menutup aurat di hadapan bukan mahramnya.

  • Dapat membuktikan bahawa diri ini bukan wanita atau lelaki murahan
Menutup aurat adalah suatu identiti orang-orang yang baik,Ditambah lagi dengan tingkah laku yang baik dan sopan akan membuatkan kita dianggap baik dihadapan orang ramai.


  • Wanita BERJILBAB umpama bidadari syurga
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56) 

Wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menunduk pandangan, tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan dirinya.Wanita ini merupakan perhiasan dunia yang berharga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan